Tuesday, March 28, 2017


Dimanakah agaknya Lim Kit Siang akan bertanding kali ini?? Kedah, Pulau Pinang atau di tempat lain??..Pada pemerhatian EP, Kit Siang akan bertanding di Pulau Pinang..

Sebabnya ..

1. Mahu mengekalkan kuasa keluarganya di Pulau Pinang. Berkemungkinan Kit Siang akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan anaknya, Guan Eng yang bakal dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa..sempat la anaknya keluar penjara dan ambil balik jawatan tersebut darinya..

2. Kit Siang telah mula menjelajah memasuki ke Kampung-kampung Melayu dan cina di Pulau Pinang..bukan tangan kosong tetapi dengan memberi peruntukan-peruntukan menggunakan wang negeri..Yang peliknya mengapa Kit Siang yang mengarahkan ADUN kawasan tersebut untuk memberi peruntukan kewangan sedangkan dia tidak mempunyai kuasa di kawasan itu.. Pelikkan..


Jom kita tengok peta ‘pindah randah’ Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari tahun 1969 sehingga sekarang...


Lima negeri, tujuh kerusi Parlimen dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dijelajahi veteran DAP berusia 76 tahun ini sejak 1969.

Setiap kali masuk musim pilihan raya umum (PRU), Kit Siang sibuk menjengah kawasan baharu untuk ditan­dinginya. Dengar cerita untuk PRU-14 nanti, Kedah dan pangkalan lamanya, Pulau Pinang menjadi sasarannya.

Barangkali Kit Siang cukup maklum dan mengerti penyokong Cina DAP tidak bersifat ‘kedaerahan’. Sebaliknya terarah ‘federalisme’. Dari aspek memahami psikologi penyokong tegarnya, Kit Siang mungkin menang.

Cuma, kalau benarlah Kit Siang ini ‘hebat’ dan mahu menyer­lahkan sifat ‘persekutuan’nya, kenapa ha­nya bertanding di kawasan majoriti Cina? Mengapa tidak di kawasan pengundi bercampur (50-50 pengundi Cina dan Melayu).

Masuklah gelanggang Parlimen Putrajaya, Pekan, Bagan Datuk atau Bera kah? Kalau kata takut kalah, tidak yakinkah pada jentera DAP di situ?

Apakah dahulu di kawasan pengundi bercampur, DAP serahkan tanggungjawab pan­cing pengundi kepada sekutunya PKR belaka. Dan PKR pula bergantung kepada jentera Pas? Tapi bila Pas enggan tunduk kembali ke pakatan harapan, DAP singkirkan Pas dan berpaling pula ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?

Alasan Kit Siang sebelum ini dari gelagat ‘pindah-randah’ bertanding kononnya ‘sebagai satu strategi kerana DAP mahu mengadakan gerakan berbentuk politik di seluruh negara bagi membangkitkan ke­sedaran rakyat’.

Ungkapan itu mudahlah diluahkan demi agenda peribadi. Tapi bagaimana nasib pe­ngundi untuk mendapatkan khidmat wakil rakyat mereka?

Takkanlah pe­ngundi Cina di Gelang Patah misalnya masih mengharapkan menteri Pusat membantu mereka. Namun bila mengundi, calon MCA dan Gerakan disingkirkan.

Sumber : Utusan



PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.